| Jika begini rupa kecantikan isteri yang menutup dan menjaga auratnya bagi pandangan umum bukan muhrim, maka bertambahlah keCINTAAN suami pada isterinya. InsyaAllah. |
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan
memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan
seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah
yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta
hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4)
Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa
& sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini
agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online
(kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran &
mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran
tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat,
yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah
lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki
penampilan.
Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah.
Namun, hati-hati, seeloknya pastikan
ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha
berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung
bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang
ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk
memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah
memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini
kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.
Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah
memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab
penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )
9) Dalam pada berusaha menjaga
penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah
(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak
dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk
memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli
dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung
labuh berjahit.
Serta kurangkan pemakaian seluar serta
mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain
tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
:: Suami pasti tertawan dan makin cinta bila isteri menjaga maruah dan auratnya serta berhias hanya buat suaminya tercinta dunia akhirat
:: Suami pasti tertawan dan makin cinta bila isteri menjaga maruah dan auratnya serta berhias hanya buat suaminya tercinta dunia akhirat
No comments:
Post a Comment