"Wahai anakku, sekiranya
engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti ;
1. jika engkau berbakti
kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. jika engkau rapatkan persahabatan
dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. jika engkau
memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik;
5. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia
akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. jika dia melihat sesuatu
yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. jika engkau meminta
bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. jika engkau berdiam diri
(kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. jika
datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
kamu;
10. jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu;
11. jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. jika
kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan;
13. dia membantu menunaikan tanggugjawab serta
melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment