Monday, February 11, 2013

Potensi Madu Kelulut

 Maklumat-maklumat penting tentang lebah kelulut
 
1. Kajian menunjukkan 150 spesis trigona di seluruh dunia.

2. Antara kelulut yang porpular adalah lebah kelulut jenis Trigona laeviceps, Trigona apicalis, dan Trigona itama

3. Madu kelulut dikatakan sangat berguna dalam terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan.

4. Malah ada penyakit dikatakan smbuh dengan menggunakan rawatan tradisional menggunakan propolis kelulut antaranya:
  • Diabetis mellitus (Kencing Manis)
  • Strok
  • Hepatitis (Hati)
  • Kanser
  • Hipertensi (Dara Tinggi)
  • Batu karang
5. Selain daripada madu terdapat 2 lagi hasilan lebah kelulut iaitu bee bread/ roti lebah yang merupakan campuran pollen (debunga) dengan madu dan propolis yang dihasilkan daripada getah tanaman dicampur dengan cana khusus yang mempunyai khasiat perubatan.

6. Kajian daripada MARDI menunjukkan madu lebah kelulut mempunya kadar antioksoida yang tinggi dan kaya dengan antibiotik semulajadi.

7. Perbandingan dengan madu lebah biasa, madu kelulu lebih 2 kali ganda terutamanya untuk tenaga. Iaitu 20 gram madu lebah menyamai 10gram madu kelulut.

Khasiat Madu Kelulut

Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.

Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.

Bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.

“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang.


Razip Ibrahim dan isterinya, Rahimah Hamat memasukkan madu yang diambil dari sarang kelulut ke dalam botol.


Lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.

Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.

“Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.

“Tidak banyak modal diperlukan bagi menternak kelulut, iaitu hanya kotak bagi menempatkan koloni kelulut itu dan ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga madu lebah kelulut boleh mencecah sehingga RM90 sekilogram,” katanya.

Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak ‘tempat tinggal’ masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ‘permaisuri’.
“Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya. Kelulut yang diternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga.

Madu Lebah Kelulut


SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.

Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.

Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.

Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.

Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan.
“Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil,” katanya.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.

Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.
“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.

Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.

“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.

Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.

“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.

Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.

Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.

“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.
Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.

Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.

Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.

Sunday, February 3, 2013

Ciri2 Sahabat Yang Dicari

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; 

1. jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 
2. jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 
3. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 
4. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan  baik; 
5. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 
7. jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 
8. jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; 
9. jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 
10. jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; 
11. jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; 
12. jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; 
13. dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 
14. dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.