1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri
anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau
gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan
pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan
bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan
menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.
Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan
rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami
secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri
kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam
rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga
bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta
berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu
rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi
Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat
wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih
disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah
ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci
hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,
berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan
dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha
supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli
keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk
keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun
hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri
dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk
dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga
hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam
menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi
nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai
kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal
isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa
memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini
termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat
sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula
berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS
ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat
rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati
dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui
mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang
isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan,
pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.
Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan,
Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang
baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah,
isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan
nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum
petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin
juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar
juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas,
lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang
positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Sumber : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah