ketahuilah...bkn utk dipercayai
Huruf Pertama
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata
pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah
reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit
dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat
setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya
popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak
dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan
kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang
dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan
tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain
terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan
keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah
melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati
bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan
permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak
idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan
kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak
suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu
menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka
menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya
merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan
diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar
diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan
kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan
sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang
baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
No comments:
Post a Comment