Tuesday, November 8, 2011

Coretan AidilAdha 6.11.11

Hari Raya Aidiladha tahun ini diraikan dekat Lakota, Jeli, Kelantan... Keesokan solat Hari Raya di Masjid Lakota. Pukul 8 pagi dah berada di masjid walaupun tok imam dah mulakan sembahyang...alhamdulillah, sempat juga berjemaah.

Selesai solat terus balik bersarapan dan lepas tu terus ke tempat persembelihan. maka beraksilah dengan lembu utk dikorbankan... beginilah akhirnya riwayat seekor lembu..!!! 
So, semua pakat2 melapah lembu ni. Aku dah 2 tahun lebih tak buat kerja ni tapi kalu sekadar nak melapah tu ok lah lagi... Yang paling best bila time "timbang" bahagi ikut 7 bahagian korban. 
Akhirnya selepas dikira2 masing2 dapat dalam 14kg lebih daging. Banyak jugak daging lembu ni.. 1 bahagian rasanya dalam RM380. Insyaallah, kalu ada rezeki lebih tahun depan aku nak buat ibadah korban ni. Moga2 berkesempatan. Teringat plak dengan mak sedara (cik na) yg kini berada di Tanah Suci Mekah sedang menunaikan Ibadah Haji. Tentu sekarang ni tengah tekun melakukan kerja2 wajib haji. Moga2 cik na & tok ayah dapat haji yang mabrur.

Selepas selesai melapah daging & bahagi-bahagikan daging tibalah plak masa utk aktiviti makan-makan.  Perut dah lapar. Letih pun ada. Di rumah tuan rumah (rumah che merangkap tuan punya lembu2) pula sibuk memasak utk dijamu kepada yg buat korban. Bila dah siap maka dihidanglah utk makan... Urrrgggg!!!! Perut dah berbunyi kerana kelaparan. Makan sampai kenyang!.. hehehehe. Ni lah menu paling cepat dan sedap makan ramai2. Daging singgang & daging goreng. (Hidang segera dgn 1 besen daging goreng, 1 periuk daging singgang & 1 periuk nasi)

Sebelah petang aku dan keluarga ziarah pula nenek di Kpg Ayer Lanas. Makan ketupat & minum air kelapa muda.. Oh! Bestnyer..... kenyang dan hilang dah dahaga. Sepetang di kampung hilang lah letih. Seronok bila berkumpul anak beranak. Lebih kurang Asar kami bertolak ke Felda Kemahang 1 ziarah saudara mara. Berbual punya bual hujan lebat plak turun serta guruh. Maka terbantut nak berangkat balik ke Ketereh plak. 

Dalam perjalanan balik selepas siap isi minyak dekat Petronas Kemahang dpt panggilan telefon dari saudara di Sabak, Pengkalan Chepa tentang kematian Ma Mlah yg lama menanggung sakit & masih buat terapi kanser rahim. Kali terakhir aku melawat adalah setelah arwah keluar hospital HUSM Kubang Kerian di rumahnya di Sabak pada Hari Raya Aidilfitri lepas. Bila mendengar kisah2 silam arwah sedih aku dengar. Banyak yg tidak adil utknya di dunia ni. Hanya Allah s.w.t yg tahu keperitan arwah. Kerana itu jugalah Allah menjemputnya awal mungkin di petang Hari Raya Aidiladha.. Lebih kurang 6 ptg arwah meninggal. Pergi selamanya dgn penderitaan yg ditanggung. Allah s.w.t itu Maha Penyayang. Moga2 Allah cucuri rahmat ke atas arwah. Amin..... 

Perkuburan Islam Teluk Kintan, Sabak, 7.11.11 ~ Di sinilah perjalanan terakhir bagi kita semua kelak. Insaf. Sedih. Rendah diri... berkunjuglah selalu tempat2 begini. Pasti kita sedar betapa diri kita ini hanyalah sementara dan nyawa itu sekadar pinjaman utk kita perhambakan diri kepadaNya. Ya Allah, sesungguhnya aku insan kerdil dan serba kekurangan. Dengan nama Mu Yang Maha Besar dan Maha Agung aku bersyukur padaMu menciptakan aku serta berikan aku rezekiMu. Moga aku boleh berbakti pada insan2 yg memerlukan. 

Yang paling "hepi" tengahari tu bila dapat test drive VW Bettle warna hitam. 1st time aku memandu dah mula jatuh cinta..fuuhh!!! Best jugak kereta antik ni. Lancar jer bila memandu walaupun bila berada di dalam bunyi2 cam benda longgar kadang2 kedengaran. Tapi pada keseluruhannya kereta ni masih elok dan harganya memang berpatutan. Kini aku masih lagi termimpi-mimpi utk memilikinya. Mungkin ini kereta santai aku kelak.... Insyaallah.

2 comments: