JOM! melawat blog!!...
Welcome to King Syam's Blog
Monday, October 13, 2014
Thursday, April 10, 2014
Saturday, February 22, 2014
Tudung Labuh | Tutuplah Aurat Mu Seeloknya |
| Jika begini rupa kecantikan isteri yang menutup dan menjaga auratnya bagi pandangan umum bukan muhrim, maka bertambahlah keCINTAAN suami pada isterinya. InsyaAllah. |
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan
memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan
seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah
yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta
hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4)
Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa
& sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini
agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online
(kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran &
mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran
tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat,
yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah
lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki
penampilan.
Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah.
Namun, hati-hati, seeloknya pastikan
ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha
berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung
bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang
ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk
memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah
memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini
kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.
Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah
memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab
penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )
9) Dalam pada berusaha menjaga
penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah
(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak
dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk
memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli
dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung
labuh berjahit.
Serta kurangkan pemakaian seluar serta
mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain
tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
:: Suami pasti tertawan dan makin cinta bila isteri menjaga maruah dan auratnya serta berhias hanya buat suaminya tercinta dunia akhirat
:: Suami pasti tertawan dan makin cinta bila isteri menjaga maruah dan auratnya serta berhias hanya buat suaminya tercinta dunia akhirat
Thursday, February 13, 2014
Solatlah Kamu...
SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Umatku. umatku. umatku
Solat.. solat.. solat..
Tuesday, December 17, 2013
Nostalgia PKB ~ Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas
Assalamualaikum...
Kepada warga PKB tak kita batch tahun bila, aku nak berkongsi ngan korang semua perkembangan di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan.
Semua ni aku aku dapat masa p ziarah PKB 16/12/2013. dah lama x masuk jenguk2 kat dalam. borak2 ngan Pok Guard dulu sblm mntk izin masuk ambk gmbr n jelajah seluruh kawasan. Alhamdulillah, rasa puas.... tetiba je aku rasa nak masuk semula kat situ walaupun sekadar kontraktor cat bangunan (kebetulan masa tu aku tgk bgnan tgh di cat baru)... heheheeee
Kat bawah ni nnt aku nak berkongsi gambar2 aku ambk sekitar PKB yer..!!! harap2 korang semua yg merindui nostalgia lama kat sini sila2 lah menggamit kerinduan.. insyaallah. akan terubat rindu tu.
Lokasi : Pintu Masuk Utama dan Persekitaran |
Lokasi : Bilik2 Kuliah dan Bengkel2 |
Lokasi : Jejantas Popular dan Persekitarannya |
Lokasi : Dewan dan Persekitarannya |
Lokasi : Tempat Duduk Separuh Bulatan, Surau, Asrama dan Bangunan Warden (dulu) |
Lokasi : Kafetaria, Surau dan Asrama Perempuan |
Lokasi : Tangga Pusing (pening tang naik dan turun.. asyik eksiden bahu), Dewan Kuliah dan Padang |
Lokasi : Dewan Kuliah Utama Dulu2 |
Friday, October 25, 2013
Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat
( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda: “sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal” dan Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.”
::Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat::
Thursday, September 12, 2013
HasbunAllah Wani'mal Wakeel | حسبنا الله ونعم الوكيل
Alhamdulillah, wash sholaatu
was salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala aalihi wa shohbihi.
Kalimat
ini termasuk dzikir sederhana, namun mengandung makna yang luar biasa. Dzikir
ini menandakan bahwa seorang hamba hanya pasrah pada Allah dan menjadikan-Nya
sebagai tempat bersandar.
Allah Ta’ala menceritakan
mengenai Rasul dan sahabatnya dalam firman-Nya,
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“(Yaitu) orang-orang (yang
mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan,
“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena
itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan
mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah
sebaik-baik Pelindung”. ” (QS. Ali ‘Imron: 173)
Kata
sahabat Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa “hasbunallah wa ni’mal wakiil” adalah perkataan Nabi
‘Ibrahim ‘alaihis salaam ketika beliau ingin dilempar di api.
Sedangkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan kalimat tersebut dalam
ayat,
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Sesungguhnya manusia telah
mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,”
maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah
Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (HR.
Bukhari no. 4563)
Renungkanlah
Maknanya!
Ibnul
Jauzi dalam Zaadul Masiir berkata bahwa maksud “hasbunallah” ialah
Allah-lah yang mencukupi segala urusan mereka. Sedangkan “al wakiil“, kata Al
Faro’ berarti orang yang mencukupi. Demikian pula kata Ibnul Qosim. Sedangkan
Ibnu Qutaibah berkata bahwa makna “al wakiil” adalah yang bertanggung jawab (yang
menjamin). Al Khottobi berkata bahwa “al wakiil” adalah yang bertanggung jawab memberi rizki
dan berbagai maslahat bagi hamba.
Dalam tafsir Al Jalalain disebutkan
makna dzikir di
atas ialah Allah-lah yang mencukupi urusan mereka dan Allah-lah sebaik-baik
tempat bersandar dalam segala urusan.
Syaikh
As Sa’di dalam kitab tafsirnya memaparkan, “Maksud ‘hasbunallah‘ adalah Allah-lah yang mencukupi urusan
mereka dan ‘ni’mal wakiil’ adalah Allah-lah sebaik-baik tempat
bersandar segala urusan hamba dan yang mendatangkan maslahat.”
Syaikh
Al Imam Al ‘Arif rahimahullah berkata bahwa dalam hadits di atas
adalah isyarat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada para sahabatnya agar mereka rujuk
(kembali) pada Allah Ta’ala, bersandar
pada-Nya, sadar bahwa tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari-Nya. … Kalimat
“hasbunallah” adalah
tanda bahwa hamba benar-benar butuh pada Allah dan itu sudah amat pasti. Lalu
tidak ada keselamatan kecuali dari dan dengan pertolongan Allah. Tidak ada
tempat berlari kecuali pada Allah. Allah Ta’ala berfirman,
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ
“Maka segeralah kembali kepada
(mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari
Allah untukmu. ” (QS.
Adz Dzariyat: 50) (Bahrul Fawaid karya Al Kalabadzi)
Allah-lah
Yang Mencukupi
Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(QS. Ath Tholaq: 3). Al Qurtubhi rahimahullah menjelaskan pula tentang surat Ath
Tholaq ayat 3 dengan mengatakan, “Barangsiapa yang menyandarkan dirinya pada
Allah, maka Allah akan beri kecukupan pada urusannya.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ
“Barangsiapa menyandarkan diri
pada sesuatu, maka hatinya akan dipasrahkan padanya” (HR. Tirmidzi
no. 2072, hadits ini hasan kata
Syaikh Al Albani). Artinya di sini, barangsiapa yang menjadikan makhluk sebagai
sandaran hatinya, maka Allah akan membuat makhluk tersebut jadi sandarannya.
Maksudnya, urusannya akan sulit dijalani. Hati seharusnya bergantung pada
Allah, bukan pada makhluk. Jika Allah menjadi sandaran hati, tentu urusan akan
semakin mudah.
Ya Allah … Engkau-lah yang mencukupi segala
urusan kami, tahu manakah yang maslahat dan yang mengatur segala rizki kami.
Hasbunallah wa ni’mal wakiil.
Wallahu waliyyut taufiq was sadaad. Wa
shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala aalihi wa shohbihi wa sallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)