Monday, February 11, 2013

Khasiat Madu Kelulut

Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.

Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.

Bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.

“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang.


Razip Ibrahim dan isterinya, Rahimah Hamat memasukkan madu yang diambil dari sarang kelulut ke dalam botol.


Lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.

Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.

“Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.

“Tidak banyak modal diperlukan bagi menternak kelulut, iaitu hanya kotak bagi menempatkan koloni kelulut itu dan ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga madu lebah kelulut boleh mencecah sehingga RM90 sekilogram,” katanya.

Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak ‘tempat tinggal’ masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ‘permaisuri’.
“Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya. Kelulut yang diternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga.

No comments:

Post a Comment