Tuesday, May 8, 2012

Berbogel?? MasyaAllah....

BERBOGEL, BERTELANJANG
......tapi masih berpakaian. Apa yang kamu lihat??? Apa kamu tahu mengenainya??

Fikirkanlah kerana ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!

 

Bahasa apa yg patut ditulis untuk memberikan lebih pemahaman kepada yang tidak mahu memahami atau sengaja tidak faham tentang DOSA AURAT??

Dalam apa jua ibadah dakwah kita hanya mampu menegur dan menasihati seandainya orang disekeliling kita lebih memilih mendedahkan apa mereka miliki.

Contohnya :
::1::
Tidak bertudung dan mendedahkan rambut kepada umum seperti yang ada di Facebook,Twitter dan sebagainya  web-web sosial.  Ini semua adalah haram hukumnya sebagaimana kita diluar.

Gambar-gambar yang diupload dan dibuat sebagai profail adalah aurat. Yang menjadi persoalannya adalah aurat itu didedahkan. Gambar sebesar alam diletakkan dalam halaman sosial dan pelbagai macam gaya dipertontonkan.

Tidak kurang juga meletakkan gambar-gambar dalam keadaan mengghairahkan atau berahi sehinggakan menimbulkan nafsu. Hukumnya tetap HARAM... sejauh mana haramnya ia semua itu tetap juga berlaku sedangkan siperlakunya belajar hingga ke "U" kononnya. Hukum tidak meletakkan siapa dan status seseorang. Pakaian kita semasa mati adalah sama iaitu PUTIH=Kain Kafan.

Mereka ini masih perlu dinasihati. Tidak cukup lagi dengan Drama TANAH KUBUR musim ke-3. Masih kurang kesedarannya. Masya Allah.....

INSAFlah...!!!! Ya Allah, buka kanlah hati mereka-mereka ini dari terus lalai dan hanyut dengan dunia yang sementara ini.

::2::
Seorang wanita yang suka bergaya dengan pakaian sendat seperti baju ketat dan seluar sendat yang mana baju-baju itu bersaiz kecik yang menzahirkan lurah dan menampakkan buah dada.

Keluaran seluar sendat menampakkan bentuk punggung-punggung seksi,betis dan paha sehinggakan menampakkan corak zahir yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada umum hingga menimbulkan nafsu lelaki.

Bila bertudung pula banyak yang ada dipasaran kini berbentuk pendek dan tidak menutup bahagian dada yang mana lebih dianggap seksi tapi "bertudung"!!!

Inilah yang menjadi kesukaan golongan wanita sekarang. Tidak kurang yang memakai pakaian yang nipis hingga mencerminkan apa yang ada di dalam baju dan seluar sebagaimana contoh berpakaian sendat dan ketat.

Ini seumpamanya "BERBOGEL" tapi sopan. Tentunya golongan lelaki yang untung melihat dan golongan wanita untung kemudian apabila mendapat anak luar nikah setelah digoda ataupun hasil dirogol. Maka, tidak salah kelakuan kedua-duanya.

Berbanyaklah bertaubat dan memohon ampun ke hadrat Illahi dengan apa kesilapan kita sekarang. Jangan hanya kerana hal-hal dunia kamu merosakkan diri dan kehidupan untuk menjadi mulimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt. Akhir kata...

Lindungi diri anda dan jagalah maruah diri serta AURAT anda untuk yang halal bagimu (golongan perempuan) semoga Allah jadikan seorang insan sebaik-bqiknya. Dan juga golongan lelaki menjadi IMAM sempurna untuk membimbing Makmumnya (wanita) ke jalan yang benar.

Insyaallah. Sama-samalah berdoa.

No comments:

Post a Comment